Rabu, 22 Jun 2011

Moh kita blogging......

Seronok gak berblog nie....
Dapat curahkan perasaan hati yang terbuku, At least tulis dan baca sendiri. Pastu senyum sorang2. Dulu lagi dah tau nak berblog nie. Cumanya tak aktif nak buat. Suka baca blog orang je. Dok merayau-rayau di internet.
Entah kenapa hari ni terasa bersemangat lak nak blogging.
Tak pasti sampai bila semangat nie bertahan......Hehehehe

Nak Buat Apa Ye.......

Petang-petang begini tak tau nak buat apa.
Ermmmm......terasa boring lak.
Kalau dulu bila boring begini bawa keluarga ke rumah mak. Tapi semenjak emak dah kembali ke rahmatullah 2 tahun yang lalu, tak tahu nak ke mana lagi. Rasa sunyi memang amat terasa. Aku hanya ada keluarga sendiri yang dapat menghiburkan. Tengok kejayaan dan telatah anak-anak mampu menghiburkan hati.
Anakku yang sulong dah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Walaupun hasrat untuk melihat dia belajar ke luar negara tak kesampaian tapi mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku tidak kecewa. Aku memberikan kebebasan untuknya memilih bidang yang diminati. Namun sebagai bapa, aku tidak pula melepaskan sepenuhnya. Aku tetap memberikan pandangan dan buah fikiran tentang masa depannya.
Aku memang mengharapkan dia menjadi seorang anak yang bertanggungjawab untuk keluarga amnya dan khususnya terhadap adik-adiknya di masa akan datang.

Cuba





Akhirnya Berjaya Juga...Hehehehe
tapi....berjaya upload gambar je!!!!

Minat Berniaga

Assalamualaikum,
Minat Berniaga? jawapannya memang minat tapi setiap kali berniaga mesti berakhir dengan kegagalan. Entahlah....tak tau nak cakap. Mungkin kerana ilmu perniagaan tidak ada maka amat mudah untuk gagal dalam setiap perniagaan yang diceburi.
Banyak dah perniagaan yang saya cuba jalankan, secara perseorangan atau pun dengan rakan kongsi tapi hasilnya tetap gagal. Perniagaan berbentuk MLM atau berbentuk pelaburan semuanya tidak berjaya. Rasa-rasanya mmg tak de rezeki kot dalam bidang perniagaan.
Rasa cemburu melihat orang lain berjaya dalam membina perniagaan mereka memang ada, tapi sebagai seorang yang beragama Islam, saya tahu perasaan cemburu adalah berdosa. Sebaiknya perasaan cemburu ditukarkan dengan rasa syukur melihat kejayaan mereka.
Saya juga tetap bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Walaupun sering jatuh dalam perniagaan, masih lagi dapat meneruskan kehidupan dengan rasa selesa walaupun sesekali tu rasa perit juga, Usaha dan ikhtiar tetap saya laksanakan. Semoga blog pekan baru maya ini membuka peluang perniagaan untuk saya nanti. Mudah-mudahan hendaknya.....
Wassalam