Jumaat, 8 Julai 2011

AKAN DATANG............

Bulan puasa akan menjelang tiba. Harap-harap masih dapat bertemu dengan banyak lagi ramadhan yang mulia, Semoga ramadhan kali ini akan lebih baik dari ramadhan yang lepas. Apapun terpulang kepada hati kita. Kita yang menentukan bagaimana rupa ramadhan kita.
Apa yang diharapkan agar ibadah sepanjang ramadhan diterima Allah s.w.t hendaknya. Kita tidak layak untuk mempertikaikan hak Allah. Yang hak bagi kita adalah menunaikan ibadah sebaik-baiknya agar kita diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Isnin, 4 Julai 2011

TEMPAHAN KASUT WANITA.

CUSTOM HAND MADE.

Penuhi idaman anda dengan memiliki kasut yang ditempah mengikut citarasa anda sendiri. Saiz,warna dan rekaan anda yang menentukan sendiri. Menggunakan bahan-bahan berkualiti dan dibuat oleh pakar dalam pembuatan kasut wanita selama 22 tahun.  Miliki kasut idaman anda sekarang. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh emailkan ke pekanbarumaya@gmail.com atau tinggalkan di ruangan komen yang disediakan.



Jumaat, 1 Julai 2011

Resepi Kuih Gunting Pedas

Kuih Gunting Pedas

Bahan-bahannya

375 g tepung gandum
2 camb gula aising
2 camb serbuk rempah kari
1 camb serbuk ketumbar
2 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk cili
2-3 pelepah daun kari (jika suka), digunting halus
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
90 g marjerin
130-140 ml santan (dari 1/2 kelapa)
minyak utk menggoreng
Gaul semua bahan kering dan daun kari dengan marjerin. Masukkan sedikit demi sedikit santan kemudian uli menjadi doh. Tambah santan jika perlu (jika tiada, boleh gantikan dengan air biasa). Canai setebal 1 cm sebelum menggunakan mesin mee utk mencanai lebih nipis