Rabu, 22 Jun 2011

Minat Berniaga

Assalamualaikum,
Minat Berniaga? jawapannya memang minat tapi setiap kali berniaga mesti berakhir dengan kegagalan. Entahlah....tak tau nak cakap. Mungkin kerana ilmu perniagaan tidak ada maka amat mudah untuk gagal dalam setiap perniagaan yang diceburi.
Banyak dah perniagaan yang saya cuba jalankan, secara perseorangan atau pun dengan rakan kongsi tapi hasilnya tetap gagal. Perniagaan berbentuk MLM atau berbentuk pelaburan semuanya tidak berjaya. Rasa-rasanya mmg tak de rezeki kot dalam bidang perniagaan.
Rasa cemburu melihat orang lain berjaya dalam membina perniagaan mereka memang ada, tapi sebagai seorang yang beragama Islam, saya tahu perasaan cemburu adalah berdosa. Sebaiknya perasaan cemburu ditukarkan dengan rasa syukur melihat kejayaan mereka.
Saya juga tetap bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Walaupun sering jatuh dalam perniagaan, masih lagi dapat meneruskan kehidupan dengan rasa selesa walaupun sesekali tu rasa perit juga, Usaha dan ikhtiar tetap saya laksanakan. Semoga blog pekan baru maya ini membuka peluang perniagaan untuk saya nanti. Mudah-mudahan hendaknya.....
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan