Jumaat, 8 Julai 2011

AKAN DATANG............

Bulan puasa akan menjelang tiba. Harap-harap masih dapat bertemu dengan banyak lagi ramadhan yang mulia, Semoga ramadhan kali ini akan lebih baik dari ramadhan yang lepas. Apapun terpulang kepada hati kita. Kita yang menentukan bagaimana rupa ramadhan kita.
Apa yang diharapkan agar ibadah sepanjang ramadhan diterima Allah s.w.t hendaknya. Kita tidak layak untuk mempertikaikan hak Allah. Yang hak bagi kita adalah menunaikan ibadah sebaik-baiknya agar kita diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Isnin, 4 Julai 2011

TEMPAHAN KASUT WANITA.

CUSTOM HAND MADE.

Penuhi idaman anda dengan memiliki kasut yang ditempah mengikut citarasa anda sendiri. Saiz,warna dan rekaan anda yang menentukan sendiri. Menggunakan bahan-bahan berkualiti dan dibuat oleh pakar dalam pembuatan kasut wanita selama 22 tahun.  Miliki kasut idaman anda sekarang. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh emailkan ke pekanbarumaya@gmail.com atau tinggalkan di ruangan komen yang disediakan.



Jumaat, 1 Julai 2011

Resepi Kuih Gunting Pedas

Kuih Gunting Pedas

Bahan-bahannya

375 g tepung gandum
2 camb gula aising
2 camb serbuk rempah kari
1 camb serbuk ketumbar
2 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk cili
2-3 pelepah daun kari (jika suka), digunting halus
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
90 g marjerin
130-140 ml santan (dari 1/2 kelapa)
minyak utk menggoreng
Gaul semua bahan kering dan daun kari dengan marjerin. Masukkan sedikit demi sedikit santan kemudian uli menjadi doh. Tambah santan jika perlu (jika tiada, boleh gantikan dengan air biasa). Canai setebal 1 cm sebelum menggunakan mesin mee utk mencanai lebih nipis 

Khamis, 30 Jun 2011

MALAYSIA 2 TAIWAN 1


Harimau Malaya harus lebih garang pertemuan di Taiwan, Ahad ini

KEPUTUSAN ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi harus menerbitkan sedikit perasaan gelisah buat skuad Harimau Malaya walaupun bermula dengan langkah kanan menewaskan Taiwan.

Sabtu, 25 Jun 2011

Hubungi Saya

Anda boleh menghubungi saya di alamat e-mel berikut:

pekanbarumaya@gmail,com

Alat Penjimatan Elektrik

Alat yang berkesan mengurangkan penggunaan elektrik di tempat kediaman sehingga 30%. Hanya RM 50 sahaja. Pembelian dengan bank in ke akaun maybank dan hantar sms tarikh, jumlah dan masa transaksi,

Khamis, 23 Jun 2011

ARGHH....!!!!!! TENSIONNYER

Semalam...sedang syok berblog, line streamyx wa pulak down. Panas gak hati, tak tau pe sebab tak ok lak. Tetiba jer tak de nada dail langsung kat telefon wa. Pagi nie baru call TM buat report. Dia cakap selewat-lewatnya arini atau sok baru ok. Arghhhh....tension..............

Rabu, 22 Jun 2011

Moh kita blogging......

Seronok gak berblog nie....
Dapat curahkan perasaan hati yang terbuku, At least tulis dan baca sendiri. Pastu senyum sorang2. Dulu lagi dah tau nak berblog nie. Cumanya tak aktif nak buat. Suka baca blog orang je. Dok merayau-rayau di internet.
Entah kenapa hari ni terasa bersemangat lak nak blogging.
Tak pasti sampai bila semangat nie bertahan......Hehehehe

Nak Buat Apa Ye.......

Petang-petang begini tak tau nak buat apa.
Ermmmm......terasa boring lak.
Kalau dulu bila boring begini bawa keluarga ke rumah mak. Tapi semenjak emak dah kembali ke rahmatullah 2 tahun yang lalu, tak tahu nak ke mana lagi. Rasa sunyi memang amat terasa. Aku hanya ada keluarga sendiri yang dapat menghiburkan. Tengok kejayaan dan telatah anak-anak mampu menghiburkan hati.
Anakku yang sulong dah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Walaupun hasrat untuk melihat dia belajar ke luar negara tak kesampaian tapi mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku tidak kecewa. Aku memberikan kebebasan untuknya memilih bidang yang diminati. Namun sebagai bapa, aku tidak pula melepaskan sepenuhnya. Aku tetap memberikan pandangan dan buah fikiran tentang masa depannya.
Aku memang mengharapkan dia menjadi seorang anak yang bertanggungjawab untuk keluarga amnya dan khususnya terhadap adik-adiknya di masa akan datang.

Cuba





Akhirnya Berjaya Juga...Hehehehe
tapi....berjaya upload gambar je!!!!

Minat Berniaga

Assalamualaikum,
Minat Berniaga? jawapannya memang minat tapi setiap kali berniaga mesti berakhir dengan kegagalan. Entahlah....tak tau nak cakap. Mungkin kerana ilmu perniagaan tidak ada maka amat mudah untuk gagal dalam setiap perniagaan yang diceburi.
Banyak dah perniagaan yang saya cuba jalankan, secara perseorangan atau pun dengan rakan kongsi tapi hasilnya tetap gagal. Perniagaan berbentuk MLM atau berbentuk pelaburan semuanya tidak berjaya. Rasa-rasanya mmg tak de rezeki kot dalam bidang perniagaan.
Rasa cemburu melihat orang lain berjaya dalam membina perniagaan mereka memang ada, tapi sebagai seorang yang beragama Islam, saya tahu perasaan cemburu adalah berdosa. Sebaiknya perasaan cemburu ditukarkan dengan rasa syukur melihat kejayaan mereka.
Saya juga tetap bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Walaupun sering jatuh dalam perniagaan, masih lagi dapat meneruskan kehidupan dengan rasa selesa walaupun sesekali tu rasa perit juga, Usaha dan ikhtiar tetap saya laksanakan. Semoga blog pekan baru maya ini membuka peluang perniagaan untuk saya nanti. Mudah-mudahan hendaknya.....
Wassalam